dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Pasoh 2

17 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2017 telah berlangsungnya Hari Terbuka Pusat Internet Pasoh 2 bertempat di Pusat Internet Pasoh 2 (Balai Raya Felda Pasoh 2). Hari terbuka ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antara aktiviti pada waktu pagi ialah pendaftaran ahli PI Percuma, pendaftaran Usahawan PI secara percuma dan kemaskini BR1M. Selain itu, terdapat juga pameran produk usahawan PI Pasoh 2 yang menjual produk-produk mereka seperti Aiskrim, barang make up, Tupperware, mimunam organik dan makanan frozen. Di samping itu, terdapat juga aktiviti senam aerobik bersama komuniti, sukaneka lelaki berkumpulan dan perempuan berkumpulan.

Terdapat juga pertandingan mewarna bawah 6 tahun. Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti Klik dengan bijak, peserta akan diberi soalan-soalan Klik Dengan Bijak seperti buli siber, gangguan seksual, check your label, penipuan kewangan dan berita palsu. Peserta yang betul kesemua jawapan akan diberi hadiah. Tambahan lagi, terdapat aktviti E-Waste di mana para pengunjung boleh memasukkan gadget-gadget lama ke dalam kotak e-waste dan siapa yang berbuat demikian akan diberi saguhati. Terdapat juga cabutan bertuah untuk para pengunjung yang hadir.

Ketibaan tetamu VIP adalah pada pukul 12.30 tengahari, terdapat ucapan daripada wakil PI serta ucapan daripada YB Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sg Lui bagi menyempurnakan Hari Terbuka Pusat Internet Pasoh 2. Terdapat aktviti penyampaian hadiah dan cabutan bertuah mega. Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke dalam PI di mana aktiviti E-Learning sedang dijalankan dan tayangan video mengenai aktviti dan perkhidmatan yang terdapat di PI dan seterusnya jamuan makan dan majlis tamat pada pukul 1.30 petang.

Dikesempatan ini, Pusat Internet Pasoh 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKKK Felda Pasoh 2,MBFM Pasoh 2, GPW Felda Pasoh 2, Team Aerobik Sri Kandi Felda Pasoh 2, Para jemputan dan semua komuniti Felda Pasoh 2 yang berkesempatan berkunjung ke Hari tebuka Pusat Internet Pasoh 2 dan memberi sokongan yang sangat menggalakkan terhadap aktiviti-aktiviti yang diadakan di PI, semoga dengan adanya Hari Terbuka Pusat Internet ini dapat mempromosikan aktiviti-aktiviti PI dan dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan PI bersama komuniti Pasoh 2.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.