Booth Advokasi Majlis Khatan Perdana

2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2018, Pusat Internet Felda Pasoh 2, Pusat Internet Felda Pasoh 3 dan Pusat Internet Sungai lui telah membuat booth Advokasi di Majlis Khatan Perdana dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam Peringkat DUN Sungai Lui. Majlis ini telah diadakan di Masjid Air Hitam, Negeri Sembilan.

Antara aktiviti pagi ini ialah aktiviti mandi beramai-ramai dan berkhatan beramai-ramai. Seramai 65 orang peserta yang berkhatan, terdiri daripada kanak-kanak kawasan DUN sungai Lui. Di samping itu, aktiviti di booth Pusat Internet ialah aktiviti Klik Dengan Bijak, kuiz mengenai Pusat Internet dan KDB games untuk semua para pengunjung yang hadir ke booth advokasi Pusat Internet. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Seri Shamsul Iskandar, Timbalan Menteri Industri Utama pada pada malam hari pada sesi forum perdana Hal ehwal Islam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali