Kelas E-Usahawan : Facebook Page Perniagaan

11 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2018, telah diadakan Kelas E- Usahawan bertajuk “Facebook Perniagaan ” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kelas E-Usahawan kali ini bertujuan untuk berkongsi ilmu bersama usahawan dalam menghasilkan Facebook page produk perniagaan. Peserta menghasilkan facebook page dan mengemaskini maklumat page tersebut dan melantik editor bagi mengendalikan page perniagaan yang dihasilkan sendiri oleh usahawan. Di samping itu juga, peserta belajar untuk mengendalikan facebook page melalui telefon pintar dan cara –cara mempromosikan produk jualan dengan cara yang lebih efektif. Sebagai tambahan, usahawan juga belajar teknik-teknik untuk menghasilkan video bagi mempromosikan produk jualan.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali