D.I.Y Robot Kemerdekaan

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2018, telah diadakan Kelas Do IT Yourself (D.I.Y) Robot Kemerdekaan bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

KElas yang berkonsepkan E-Learning ini adalah D.I.Y reka cipta robot yang bertemakan kemerdekaan. Dengan menjadi youtube sebagai sumber rujukan untuk menghasilkan robot tesebut. Aktiviti ini bertujuan memberi galakan kepada adik-adik untuk menjadi kreatif dan memanfaatkan penggunaan youtube untuk tujuan pembelajaran. Di samping itu, adik-adik dapat berseronok sambil belajar menggunakan internet. Tahniah kepada adik-adik semua kerana berjaya menghasilkan robot kemerdekaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali