Kelas Ict Bersama Pemulihan Dalam Komuniti Pasoh 2 & 3

16 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2018, Pusat Internet Felda Pasoh 2 menerima kunjungan daripada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pasoh 2 & 3 untuk menyertai Kelas ICT di sini. Kelas ini bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Felda Pasoh 2, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Permulaan pembelajaran ICT kepada pelatih-pelatih PDK adalah mengenali Komputer. Di samping itu juga, pelatih PDK belajar kenali Malaysia berdasarkan persembahan slide powerpoint yang telah disediakan pada PC pelatih. Selain itu, pelatih berseronok dengan aktiviti mewarna secara online dan membuat cupcake melalui permainan online. Terima kasih kepada semua warga PDK Pasoh sudi berkunjung dan menimba ilmu ICT di Pusat Internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali