Public Speaking & Ulangkaji Microsoft Word

4 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2018, telah diadakan Kelas Public Speaking & Ulangkaji Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Pembelajaran kali ini adalah untuk adik-adik darjah 1 dan darjah 2. pada kali ini pembelajaran bertujuan untuk menambah keyakinan adik-adik untuk berkomunikasi dihadapan orang ramai. Adik-adik akan diberi slide story telling yang bertajuk “Goldilocks and the Three Bears”. Adik-adik perlu membaca dan membuat gaya penceritaan tersebut. Tahniah kepada adik-adik yang berani mencuba untuk bercerita dihadapan rakan-rakan lain.

Seterusnya, kelas diteruskan dengan ulangkaji Microsoft word. Dalam masa yang sama, adik-adik belajar cara-cara mencari gambar menggunakan google dan memasukkan gambar ke dalam Microsoft word. Di samping itu, adik-adik juga belajar edit gambar menggunakan Microsoft Word. Sekarang adik-adik tahun 1 dan tahun 2 sudah faham dan tahu menggunakan Microsoft word dan mudah-mudahan adik-adik semua akan terus berminat untuk belajar ICT di Pusat Internet.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali