Fun With Ict- Diy Bekas Pensil

5 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2018, telah diadakan Kelas Fun With ICT Do IT Yourself (D.I.Y) Bekas Pensil bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pembelajaran kali ini adalah untuk adik-adik darjah 3 dan darjah 4. pada kali ini pembelajaran berkonsepkan E-learning. Dalam kelas ini, adik-adik membuat Do it yourself (D.I.Y) bekas pensil menggunakan bahan kitar semula iaitu botol. Sumber rujukan adik-adik bagi menghasilkan bekas pensil yang cantik dan bertemakan warna kemerdekaan ini adalah youtube. bahan-bahan yang digunakan adalah botol bersaiz besar, pisau, gunting dan warna air. Adik-adik akan memotong botol mengikut corak dan kreativiti masing-masing, kemudian adik-adik mewarnakan botol tersebut dengan warna-warna bendera Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali