Kelas Ict Sumber Rujukan Di Internet Dan Education Games

6 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2018, telah diadakan Kelas ICT Sumber Rujukan Di Internet Dan Education Games bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas ini untuk adik-adik sekolah menengah dan pembelajaran hari ini adalah berkaitan website yang boleh digunakan oleh adik-adik untuk dijadikan sumber rujukan kepada pembelajaran harian adik-adik. Selain itu, adik-adik juga belajar cara mencari maklumat dan conton untuk membuat surat atau laporan. Di samping itu, adik-adik juga belajar cara-cara untuk membuat salinan kepada sumber rujukan tersebut ke dalam Microsoft word.

Terdapat aktiviti sampingan untuk adik-adik iaitu quizziz online bagi mata pelajaran sejarah, matematik dan peribahasa. Semoga adik-adik semua memanfaatkan ilmu yang telah diberikan dalam pembelajaran harian di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali