Kelas Ms.Excel Dan D.I.Y Perhiasan Ketupat

6 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2018, telah diadakan Kelas Microsoft Excel Dan Do It Yourself (D.I.Y) Perhiasan Ketupat bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pembelajaran dimulakan dengan Micrsoft excel untuk adik-adik tahun 5. Pada permulaan adik-adik belajar cara-cara membuat jadual, menambah kotak pada jadual, dan mengira jumlah menggunakan formula dalam excel. Di samping itu juga, adik-adik membuat latihan matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab di dalam excel dan membuat kira-kira menggunakan formula dalam Microsoft excel.

Terdapat juga aktiviti sampingan, adik-adik membuat D.I.Y ketupat hiasan untuk perhiasan di dalam Pusat Internet berdasarkan tutorial di youtube.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali