Membuat Surat Rasmi Dan Blog Perniagaan

25 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2018, telah diadakan pembelajaran membuat surat rasmi dan blog perniagaan kepada pengunjung iaitu puan Roziana dan Puan Rafidah yang datang Ke Pusat Internet Felda Pasoh 2 untuk belajar ICT. Pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran utama adalah mengenai cara-cara membuat surat rasmi.

Puan Roziana ingin belajar membuat surat rasmi bagi memudahkan beliau untuk membuat surat rasmi sendiri. Beliau belajar cara-cara menggunakan microsoft word dan format surat rasmi. Di samping itu, puan Roziana turut belajar cara mencari contoh dan format surat rasmi menggunakan aplikasi google. Setelah itu, pembelajaran diteruskan lagi dengan blog perniagaan. Puan Rafidah merupakan salah seorang usahawan Pusat Internet yang rajin berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar ilmu-ilmu ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali