CATs Program & Ulangkaji Microsoft Word

03 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2018, telah diadakan Kelas ICT bagi CATs Program dan Ulangkaji Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 1 dan tahun 2. Pembelajaran utama adalah latihan CATs Program.

Peserta membuat latihan CATs secara online untuk menyiapkan unit-unit latihan CATs. Pembelajaran seterusnya adalah ulangkaji Microsoft word yang bertajuk "Haiwan Peliharaan Saya". Kali ini peserta akan membuat kisah mengenai haiwan peliharaan dan menghias hasil kerja dengan memasukkan elemen-elemen . terdapat juga aktiviti sampingan untuk peserta membuat senaman minda beramai-ramai di dalam kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali