CATs Program (Cambridge Accessible Test)

02 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk CATs Program (Cambridge Accessible Test) bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini untuk adik-adik sekolah rendah dalam komuniti Felda Pasoh 2. Berlangsungnya sesi Pendaftaran secara online untuk adik-adik Tahun 3 & tahun 4 yang berminat dengan pembelajaran bahasa Inggeris iaitu Cambridge Accesible Test atau lebih dikenali sebagai CATs.

Program ini merupakan kerjasama bersama UNIMAS & Cambridge University untuk membantu adik-adik berumur bawah 13 tahun belajar bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan melalui internet. Setiap Peserta akan diberi Id dan Pasword masing-masing untuk membuat test CATs dan latihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali