D.I.Y with Youtube

03 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2018, telah diadakan D.I.Y with Youtube bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam2.30 petang hingga 4.00 petang. Berlangsungnya kelas D.I.Y bersama adik-adik sekolah rendah dan pada kali ini Do It Yourself (D.I.Y) membuat gajah menggunakan kertas warna. Dalam Kelas ini, aktiviti D.I.Y dilakukan adalah berdasarkan Video daripada youtube.

Adik-adik perlu mengikut cara-cara membuat gajah seperti yang ditunjukkan dalam video. Aktiviti ini dilakukan bersama tenaga pengajar Pusat Internet. Tahniah pada adik-adik kerana berjaya menghasilkan D.I.Y gajah. Mudah untuk jadi kreatif dengan adanya sumber daripada internet. Jom manfaatkan internet untuk tujuan pembelajaran harian adik-adik semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali