Kelas E-Usahawan (Facebook Page)

07 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2018, telah diadakan Kelas E-Usahawan bertajuk pengenalan kepada Facebook Page, di Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ini merupakan kelas untuk usahawan dalam komuniti belajar cara-cara membuat facebook page perniagaan mereka. Mereka turut mempelajari cara-cara mengemaskini maklumat, memberi tahu kepada rakan lain untuk menyukai page perniagaan mereka. Di samping itu juga, mereka turut belajar cara-cara untuk mengemaskini facebook page melalui telefon pintar yang mereka gunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali