CATs Prgram & Fun With E-Learning

06 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk CATs Program (Cambridge Accessible Test) dan Fun With E-Learning bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Sebelum sesi pembelajaran utama, adik-adik membuat senaman minda dan sesi menari bagi memberi kecergasan kepada adik-adik.

Pada kali ini adik-adik yang menyertai CATs membuat latihan CATs, manakala adik-adik yang tidak mengambil bahagian dalam CATs, belajar mengggunakan microsoft powerpoint. Di samping itu juga, kelas kali ini adik-adik belajar mengenai "Magic Words - I love you". Melalui pembelajaran Magic words ini adik-adik dapat memupuk nilai positif dan nilai kasih sayang. Nak tahu bagaimana magic words ini berkesan ataus tidak, Jom ucap sayang pada orang disekeliling kita. Moga-moga pembelajaran magic words ini dapat membentuk personaliti yang positif untuk adik-adik semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali