Kelas Fun With ICT (E-Learning)

03 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2018, telah diadakan Kelas Fun with ICT bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Dalam Kelas ini, adik-adik dapat bermain games di internet yang berkonsepkan pembelajaran Bahasa Inggeris. Antara permainan yang adik-adik lakukan adalah word search games, yang mana adik-adik perlu mencari perkataan bahasa inggeris.

Selain itu, permainan Oh My English, yang mana adik-adik perlu melengkapkan perkataan berdasarkan pembayang yag diberikan dan gambar yang ada dalam permainan tersebut. Dalam pada masa yang sama adik-adik belajar cara-cara menggunakan internet & google chrome untuk mencari perkataan bahasa inggeris menggunakan Google translate.

Adik-adik juga bermain dengan typing speed test perkataan bahasa Inggeris. Di samping bersaing secara sihat dengan rakan-rakan lain, adik-adik juga dapat memperbaiki pengetahuan bahasa inggeris. Banyak manfaat sekiranya adik-adik tahu memanfaatkan internet. Semoga adik-adik semua menjadi Celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali