Kelas Fun With ICT

04 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2018, telah diadakan kelas Fun With ICT bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada kali ini kelas ICT berkonsepkan E-Learning. Antara aktiviti yang dilakukan adalah bermain crossword puzzle bagi subjek sains dalam bahasa Inggeris mengenai tumbuh-tumbuhan.

Sesi pembelajaran ini adik-adik turut belajar cara-cara menggunakan google translate dan mencari maklumat jawapan menggunakan google. Di samping itu juga, adik-adik juga bermain dengan quizziz bagi subjek matematik, bahasa Ingggeris, bahasa melayu dan sejarah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali