Kenali Browser Dan Google Translate

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, telah diadakan Kelas Kenali Browser Dan Google Translate bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas kali ini bersama adik-adik darjah 3 dan darjah 4.Sebelum pembelajaran utama, adik-adik akan melakukan senaman minda terlebih dahulu. Pembelajaran utama kali ini adik-adik belajar cara-cara untuk mencari maklumat di Internet. Adik-adik diberi penerangan mengenai browser yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Di samping itu,adik-adik juga mencuba menggunakan broswer tersebut.

Selain daripada itu, adik-adik juga belajar cara-cara menggunakan menggunakan website google terjemahan. Satu permainan kotak beracun telah dibuat untuk adik-adik berkaitan games google terjemahan bagi memudahkan adik-adik faham dan ingat cara-cara untuk menggunakan google terjemahan tersebut. 15 minit sebelum waktu balik, ilmu tambahan untuk adik-adik untuk subjek bahasa inggeris. Moga adik-adik dapat memanfaatkan ilmu yang telah diberikan oleh pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali