Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 2 & Hari Sukan Tabika Kemas Felda Pasoh 2

16 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2018, telah berlangsungnya Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 2 dan Hari Sukan Tabika Kemas Felda Pasoh 2 bertempat di Padang Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pendaftaran ahli percuma, KDB Games, KDB talk "Perisian Kawalan kanak-kanak", Aerobik bersama pasukan Aerobik Felda Pasoh 2, adik-adik Literasi dan KEMAS, pelbagai acara sukaneka yang telah dipertandingkan untuk adik-adik dan juga ibu bapa penjaga serta pasukan Aerobik Felda Pasoh 2. Terdapat juga cabutan bertuah untuk semua yang hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada adik-adik tabika yang menyertai acara sukan hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Aziz bin Md Isa, Pengurus Felda Pasoh 2.

Sehubungan dengan itu, Pusat Internet ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tabika KEMAS Felda Pasoh 2 atas kerjasama menganjurkan program ini. Di samping itu juga, terima kasih kepada Team Senam Aerobik Felda Pasoh 2, Literasi Felda Pasoh 2, Pengacara Majlis Encik Kamarul Azman, Para Jemputan yang hadir Encik Ali bin Ahmad, Tuan Haji Suparman Ibu angkat Tabika & Literasi, Hajah Salamiah, Pengerusi GPW Hajah Hamisah, AJK tabika kEMAS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga dengan adanya program in dapat mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali