Keceriaan Pusat Internet Felda Pasoh 2

11 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2018, telah diadakan sesi menceriakan Pusat Internet Felda Pasoh 2 bertempat Pusat Internet Pasoh 2. Sesi hias menghias Pusat internet ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti menceriakan Pusat Internet sempena Hari raya yang bakal menjelma dibantu oleh 2 orang iaitu Hadif dan Amir yang menampal perhiasan kad raya dan sampul duit raya untuk menghias Pusat internet.

Di samping itu juga, mereka berdua turut belajar cara-cara membuat ketupat dan sampul raya melalui youtube. Di samping menghias dapat juga adik-adik belajar membuat hiasan melalui video tutorial daripada youtube. Terima kasih kepada adik-adik yang membantu, walaupun sikit, tapi hasil hiasan cukup memuaskan hati. Dikesempatan ini juga, Pusat Internet Pasoh 2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga Felda Pasoh 2 dan semua yang menyambut Aidilfitri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali