Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS

06 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Kenali Pekerjaan dan Kenali huruf vocal bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. pembelajaran kali ini adalah mengenai Pekerjaan dan Kenali huruf Vokal serta diselang seli dengan nyanyian dan tarian untuk adik-adik berhibur sambil belajar ICT.

aktiviti sampingan adik-adik menonton movie Hotel Trasylvania 3 , yang mana di dalam movie tersebut terdapat contoh-contoh pekerjaan yang boleh adik-adik belajar dan nilai-nilai kasih sayang antara ayah dan anak. Semoga adik-adik semua seronok dengan pembelajaran ICT untuk hari ini dan masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali