Kelas Pengenalan kepada Ms. Powerpoint

04 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2018, telah diadakan Kelas Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ICT kali ini untuk adik-adik sekolah menengah iaitu Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint.

Dalam Kelas ini adik-adik belajar cara-cara membuat slide persembahan Powerpoint yang bertajuk Adat Temenggong & adat pepatih. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran tenaga pengajar akan memberi penerangan bagaimana untuk memasukkan gambar dan mengedit gambar dalam slide persembahan. Kemudian, adik-adik akan menyiapkan slide persembahan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali