Latihan Ms.Powerpoint & D.I.Y Kolaj Deepavali

06 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 November 2018, telah diadakan Kelas ICT Latihan Microsoft Powerpoint dan Do It Yourself (D.I.Y) Kolaj Deepavali bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 1 dan tahun 2. Pembelajaran utama peserta adik mengulangkaji penggunaan Microsoft Powerpoint.

Peserta perlu membuat slide persembahan bertajuk "Peralatan di dalam makmal sains". Peserta perlu memasukkan elemen-elemen seperti gambar, bentuk dan perkataan. Peserta juga perlu memasukkan pergerakan untuk setiap elemen tersebut. Di samping itu, peserta juga membuat D.I.Y kolaj Deepavali menggunakan beras, kekacang dan pensil warna untuk menyiapkan kolaj burung merak sempena Hari Deepavali. Selamat hari Deepavali semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali