Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Sungai Lui

30 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2018, telah berlangsungnya Hari bersama komuniti Pusat Internet Pusat Sungai Lui yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Sungai Lui serta kerjasama Majlis Pertubuhan Komuniti Kampung (MPKK), Felda, GPW dan MBFM Sungai Lui. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Sharif bin Ahmad Penghulu Mukim Serting Ulu.

Pusat Internet Felda Pasoh 2, Pasoh 3 dan Kota Pekan turut terlibat bagi menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya pertandingan mewarna, Pertandingan Scratch kesihatan, Pertandingan baju kemerdekaan, Taklimat Klik Dengan Bijak dan pelbagai lagi Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga program seperti ini terus mendapat sambutan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali