Aktiviti Bersama Tahun 6 SK Pasoh 2 (F)

03 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2018, Pusat Internet Felda Pasoh 2 telah mengadakan program kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F) dalam Program Masakan iaitu Menyediakan Hidangan Sushi. Aktivti ini telah diadakan di makmal sekolah. Peserta yang terlibat adalah adik-adik tahun 6. Program masakan ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Aktiviti membuat sushi ini adalah melalui video toturial cara-cara membuat sushi dan tenaga pengajar adalah Staf Pusat Internet Felda Pasoh 2. Terima kasih kepada Pihak Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F) kerana menjemput pusat internet bagi aktiviti membuat sushi bersama adik-adik tahun 6.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali