QR Code & Fun With English

08 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2018, telah diadakan Kelas QR Code dan Fun With English bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Internet Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pembelajaran kali ini berlainan sikit, kali ini Pusat Internet buat games untuk adik-adik semasa sesi kelas. Sebelum memulakan permainan, adik-adik diberi penerangan terlebih dahulu mengenai QR Code yang mana merukan kod 2 dimensi yang mana boleh di baca oleh smartphone. Adik –adik perlu install QR code pada smartphone sebelum bermain games. Cara permainan, adik-adik dibahagikan kepada 2 kumpulan. Terdapat 5 QR code yang telah disembunyikan dalam pusat Internet.

Tema permainan ini "Fun with English" Setiap QR Code mempunyai soalan. Setiap kumpulan perlu mencari QR code untuk scan code tersebut bagi mendapatkan soalan dan mencari jawapan kepada soalan tersebut. Games ini menguji tahap kepekaan adik-adik membaca soalan, kepantasan adik-adik mencari jawapan menggunakan internet dan strategi adik-adik dalam pembahagian tugasan untuk setiap ahli kumpulan. Tahniah pada adik-adik kerana berjaya tamatkan permainan. Selepas tamat permainan, semakan untuk jawapan QR code games tadi, adik-adik belajar mengenai Proper noun & common noun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali