Latihan Microsoft Word & Story Telling Competition

13 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Latihan Microsoft Word dan Story Telling Competition bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. kelas ICT kali ini bersama adik-adik tahun 1 dan tahun 2. Kelas kali ini adik-adik membuat latihan microsoft word bagi sesi “refresh” semula pembelajaran microsoft word.

Terdapat juga aktiviti sampingan iaitu latihan CATs sebelum bermulanya pertandingan Story Telling. Kali ini adik-adik bertandingan antara satu sama lain dalam English Story Telling Competition. Tahniah kepada adik-adik yang menang dan berani mencuba untuk bercerita dihadapan rakan-rakan lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali