Kuiz Pengetahuan Am & Typing Test Games

19 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2018, telah diadakan Kelas ICT Kuiz Pengetahuan Am dan Typing Test Games bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Kelas ICT kali ini bersama peserta sekolah rendah. Kali ini, peserta bermain kuiz mengenai pengetahuan am.

Sebanyak 30 soalan yang telah disediakan untuk peserta dan peserta perlu bersaing dengan rakan lain dengan cara menjawab soalan dengan Pantas. Peserta yang mendapat markah tertinggi diberi hadiah. Di samping itu juga, peserta juga bermain typing test games yang mana menguji kepantasan peserta menaip perkataan bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali