Kelas Mari Membaca Dan Menaip

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019, telah berlangsungnya kelas bertajuk “Mari Membaca Dan Menaip” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pembelajaran kali ini bagi peserta tahun 1. Pembelajaran kali ini, peserta belajar membaca melalui nyanyian. Di samping itu juga, peserta belajar menaip ayat-ayat ringkas daripada nyanyian tersebut. Sebagai aktiviti tambahan, peserta perlu mencari gambar mengenai ayat yang telah di taip untuk dimasukkan ke dalam word. Tahniah kepada peserta kerana menunjukkan peningkatan dalam kelas ICT, harapan Pusat Internet hujung bulan 3, peserta semua boleh membaca dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali