Maxis Live Ekelas Matematik Dan Sains

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019, telah berlangsungnya Maxis Live eKelas Matematik dan Sains Tingkatan 1 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 11.40 pagi hingga 1.00 petang.

Dalam pembelajaram matematik peserta belajar mengenai topik Pengenalan Unsur dan set. Peserta diberi contoh mengenai set-set dan unsur matematik dan terdapat juga aktiviti yang perlu disiapkan oleh peserta. Manakala dalam pembelajaran sains peserta belajar mengenai topik Pembiasan cahaya, penyebaran cahaya dan penyerakan cahaya. Cikgu Sains memberi penerangan dan turut menunjukkan contoh-contoh situasi cahaya terjadi melalui video yang terdapat di dalam learning port. Aktiviti bagi matepelajaran sains adalah ujikaji penyerakan cahaya. Seperti biasa,Peserta perlu muat naik hasil kerja ke dalam portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali