Program Advokasi Di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

18 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2019, telah berlangsungnya Program advokasi bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pusat Internet telah menyampaikan ceramah advokasi bertajuk Maklumat Palsu dan Oversharing. Terdapat juga sesi soal jawab bersama murid-murid dan permainan untuk murid-murid sekolah mengenai topik advokasi tersebut. Dikesempatan ini, Pusat Internet Felda Pasoh 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Pusat Internet lain yang turut terlibat dalam menjayakan Program advokasi ini. Di samping itu, Pusat Internet juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam kerana sudi bekerjasama dan memberi peluang kepada Pusat Internet berkongsi ilmu dengan murid-murid sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali