Mari Belajar Membaca Mengenai Haiwan Dan Jari

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2019, telah berlangsungnya kelas ICT bertajuk Mari Belajar Membaca Mengenai Haiwan Dan Jari bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 1. Pada pembelajaran kali ini, peserta belajar daripada nyanyian Bangau oh Bangau dan “The Family Finger”. Melalui lagu tersebut peserta belajar membaca melalui ayat-ayat ringkas dan mudah. Di samping belajar membaca mengenai topik yang terdapat dalam lagu tersebut, peserta juga belajar mencari gambar haiwan dan jari menggunakan di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali