Maxis Live Ekelas (Bahasa Inggeris)

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2019, telah berlangsungnya MAXIS Live eKelas bagi matapelajaran Bahasa Inggeris bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Pada kali ini, para peserta belajar mengenai format peperiksaan dan membuat ulangkaji mengenai Singular, plural, Verb, Past tense, dan present tense. Di samping itu juga, Cikgu turut memberi contoh melalui soalan-soalan ringkas yang memudahkan peserta untuk memahami situasi past dan present tense.

Pusat Internet ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada para peserta yang konsisten datang belajar untuk setiap sesi pembelajaran eKelas. Pusat Internet berharap akan lebih ramai lagi yang akan mengambil peluang belajar secara percuma di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali