Be Creative With Paint & Belajar Membaca

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan Kepada Be Creative With Paint dan Belajar Membaca bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini bagi peserta kelas ICT bersama peserta darjah 1. Seperti biasa, sebelum memulakan kelas "sesi warm up" dengan senanam minda terlebih dahulu.Pada kali ini, peserta tahun 1 belajar melukis menggunakan perisian Paint untuk menghasilkan lukisan. Melalui aktiviti ini peserta menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan menggunakan perisian dalam komputer.Selain daripada itu, peserta juga belajar membaca. Tahniah peserta tahun 1, masing-masing sudah boleh membaca dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali