Program Hari Bersama Komuniti Felda Pasoh 3

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2019, telah berlangsungnya Hari bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 3 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Pusat Internet Felda Pasoh 2 dan Pusat Internet Sungai Lui telah dijemput oleh Pusat Internet Felda Pasoh 3 untuk terlibat sebagai urusetia program dan bekerjasama dalam menjayakan program tersebut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Pemeriksaan kesihatan Percuma daripada pihak KOSPEN, jualan usahawan, sukaneka kanak-kanak, sukaneka dewasa, pertandingan mewarna, kuiz Klik Dengan Bijak dan Ceramah daripada pihak AADK Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Zainal Fikri bin Abd Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Lui. Dikesempatan ini Pusat Internet mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 3.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali