Maxis Live Ekelas (Bahasa Inggeris)

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2019, telah berlangsungnya MAXIS Live eKelas bagi matapelajaran Bahasa Inggeris bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Pembelajaran bagi tahun 6, peserta belajar mengenai present tense, simple past tense dan simple future tense. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan contoh-contoh dan latihan yang mudah daripada Cikgu eKelas. Untuk tingkatan 1, peserta didedahkan mengenai format dan tips cara-cara menjawab soalan ujian bahasa Inggeris dengan mudah. Selain itu, peserta diberi latihan dan hasil kerja perlu di muat turun di portal eKelas masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali