E-Sisa Mudah Alih, Maklumat Palsu Dan Buli Siber

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mac 2019, telah belangsungnya kelas ICT bertajuk E-Sisa Mudah Alih, Maklumat Palsu Dan Buli Siber bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas kali ini untuk tahun 3 dan tahun 4. Pembelajaran kali ini peserta belajar mengenai topik Digital Literacy antaranya ialah mengenai maklumat palsu, buli siber dan E-sisa Mudah alih. Peserta telah diberi penerangan mengenai topik-topik tersebut melalui video dan slide yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Manakala untuk sesi latihan dalam kumpulan, peserta perlu membuat powerpoint mengenai E-sisa mudah alih, Maklumat palsu dan Buli siber. Dalam powerpoint tersebut peserta perlu menggunakan google untuk mencari maklumat tambahan mengenai topik-topik tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali