Kelas Ict Bersama Tabika Kemas

9 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Mac 2019, telah berlangsungnya Kelas ICT bersama Tabika KEMAS, bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pembelajaran kali ini untuk adik-adik tabika KEMAS adalah mengenai peralatan komputer. Di samping itu, adik-adik juga belajar mengenali anggota badan. Selain daripada itu, adik-adik juga belajar mengenai huruf dan mengenali warna. Oleh kerana adik-adik belajar mengenai warna, terdapat sesi online colouring untuk adik-adik tabika mengenai topik huruf ABC. Manakala aktiviti sampingan yang boleh dikatakan wajib untuk adik-adik adalah sesi menari dan menyanyi. Terima Kasih kepada Tabika KEMAS kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tabika KEMAS.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali