Maxis E-Cikgu & Live E-Kelas (Subjek Matematik & Sains)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Mac 2019, telah diadakan MAXIS e-cikgu dan live e-kelas subjek matematik dan Sains bagi tahun 6 dan tingkatan 1, bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Kali ini peserta belajar melalui e-cikgu di mana sesi pembelajaran live bersama cikgu matematik bagi tahun 6 melalui portal e-kelas. Di samping itu, peserta juga boleh "Chat" di ruang komen mengenai pembelajaran bersama dengan cikgu yang mengajar matapelajaran tersebut. Selain itu, terdapat juga pembelajaran matematik dan sains untuk tingkatan 1 melalui live tutorial e-kelas. Seperti biasa cikgu akan menerangkan mengenai topik dan diakhir pembelajaran, peserta akan diberi tugasan kumpulan untuk di muat naik ke dalam portal e-kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali