Advokasi Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

21 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2019, telah diadakan Advokasi Bersama Tabika KEMAS bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi advokasi ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Penerangan advokasi kepada kanak-kanak Tabika KEMAS adalah mengenai keselamatan diri dari gangguan seksual dan dari orang yang tidak dikenali dan bahagian privasi tubuh badan yang tidak boleh di sentuh.

Bagi memberi kefahaman kepada kanak-kanak adalah melalui lakonan situasi yang berlaku sekiranya Orang yang tidak dikenali cuba menghampiri kanak-kanak dan melihat tindakan mereka terhadap orang yang tidak dikenali. Di samping itu, sesi pembelajaran ICT mengenai pekerjaan dan suku kata turut diadakan bagi memberi keseronokan kepada adik-adik belajar ICT di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali