Microsoft Word (Kad Tahun Baru Cina)

3 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2019, telah diadakan Kelas Microsoft Word bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas kali ini bersama peserta sekolah rendah iaitu tahun 3 dan tahun 4. Pembelajaran utama adalah membuat Kad tahun baru Cina menggunakan microsoft Word. Sebelum bermulanya aktiviti membuat kad, para peserta akan menari dan menyanyi lagu bahasa Inggeris dan bahasa Jepun bagi memberi keseronokan dan dalam masa yang sama peserta dapat mempelajari Bahasa-bahasa tersebut.

Pembelajaran dimulakan dengan penerangan mengenai perayaan Hari Raya Cina dan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati budaya, agama dan bangsa-bangsa lain yang terdapat dalam Malaysia. Pada peringkat permulaan peserta akan diberi contoh cara-cara untuk menghasilkan kad menggunakan Microsoft Word, kemudian peserta akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan kad Tahun baru cina menggunakan Microsoft word. Tahniah pada peserta yang menghasilkan kad Tahun Baru Cina yang cantik. Dengan ini Pusat Internet mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambut perayaan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali