Be Creative With Scratch

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2019, telah berlangsungnya Kelas ICT bertajuk Be Creative With Scratch, bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bagi peserta tahun 5 dan tahun 6. Kelas ICT be creative scratch ini membolehkan peserta menggunakan software scratch untuk menghasilkan dan menggerakkan sprite, membuat cerita atau membuat permainan tersendiri. Aktiviti ini boleh menjadikan minda adik-adik kreatif. Pada kali ini adik-adik belajar menggerakkan sprite mengikut gerakan tetikus dan membuat permainan menangkap score menggunakan scratch.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali