D.I.Y Almari Mini

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Do It Yourself (D.I.Y) Almari Mini” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Telah berlangsung kelas bersama peserta tahun 3 dan tahun 4. Pada kali ini peserta membuat aktiviti D.I.Y menggunakan kotak kasut. Sumber rujukan utama untuk membuat aktiviti ini adalah melalui youtube.

Dalam masa yang sama peserta juga perlu mencari idea untuk mencantikkan almari mini mereka. Ada yang memilih untuk membuat pintu almari secara menegak, melintang dan pintu yang dibuka daripada bawah. Semua peserta menghasilkan almari mini dan menghias almari mini mereka untuk mencantikkan lagi almari mereka. Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menghasilkan almari mini menggunakan kotak kasut. Pelbagai perkara yang boleh kite pelajari dengan ICT, jom jadi kreatif dengan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali