Kelas Keusahawanan Dekorasi Asas Menghias Kek

21 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2019, telah diadakan Kelas Keusahawanan Dekorasi Asas Menghias Kek bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi kelasi ini ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran dekorasi menghias kek ini adalah tunjuk ajar daripada Cikgu Ana. Pada permulaan, peserta diberi resipi dan demo cara-cara menghasilkan butter cream untuk hiasan kek.

Kemudian Demo dekorasi kek dan peserta menghias kek. Di samping itu, Peserta juga belajar menghasilkan cream cheese untuk menghias kek. Setelah selesai sesi pembelajaran, terdapat sesi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir ke kelas dekorasi Kek. Terima kasih kepada Cikgu Ana kerana sudi memberi tunjuk ajar dan kepada peserta semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali