Kelas Demo Produk Berasaskan Kukus Dan Teknik Pemasaran Produk

18 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2019, telah diadakan Kelas Keusahawanan Demo Produk Berasaskan Kukus Dan Teknik Pemasaran Produk bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi kelasi ini ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Kelas Keusahawanan Demo Produk tupperwarebrands berasaskan kukus dan teknik pemasaran produk adalah program kerjasama bersama Tupperwarebrands. Pembelajaran dimulakan dengan Taklimat Teknik pemasaran produk yang disampaikan oleh Cikgu Ana.

Peserta diberi tips dan teknik pengiklanan produk yang lebih tersusun dan efektif. Selain daripada itu, peserta juga belajar teknik mengambil gambar produk menggunakan mini studio. Seterusnya berlangsungnya demo kukus makanan oleh tenaga pengajar. Cikgu Ana menerangkan kebaikan menggunakan Steam It (Alat kukus tupperwarebrands) dan cara-cara mengukus makanan menggunakan steam it.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali