Maxis Live E-Kelas Matematik Serta Sains Tahun 6 Dan Tingkatan 1

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019, telah diadakan MAXIS eKelas bagi subjek Matematik Serta Sains Tahun 6 Dan Tingkatan 1 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Minggu ini merupakan minggu terakhir projek berkumpulan MAXIS Live eKelas bagi penggal ini. Pada kali ini peserta bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan projek ekelas mereka.

Bagi aktiviti matematik tahun 6 adalah membuat kota rubah dan menggabungkan kotak tersebut menjadi bangunan. Manakala tingkatan 1 membuat tempat yang boleh menampung berat buku. Aktiviti sains pula, tahun 6 membuat model fasa-fasa bulan menggunakan tanah liat. Selain daripada itu, aktiviti tingkatan 1 membuat litar elektrik di atas kertas. Pelajar perlu muat naik gambar hasil kerja ke dalam portal ekelas

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali