Maxis Live E-Kelas Matematik Serta Sains Tingkatan 2,3, 4 Dan 5

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019, telah diadakan MAXIS eKelas bagi subjek Matematik Serta Sains Tingkatan 2,3,4 dan 5 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Minggu ini merupakan minggu terakhir projek berkumpulan MAXIS Live eKelas bagi penggal ini. Antara aktiviti yang dijalankan bagi subjek matematik tingkatan 2 adalah menghasilkan logo menggunakan bentuk poligon.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti model gometri tiga dimensi bagi tingkatan 4. Manakala aktiviti sains membina elektrolisis air menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan untuk tingkatan 2. Selain Daripada itu, Tingkatan 4 membuat aktiviti Mencipta litar kertas menggunakan graphite. Seperti biasa para peserta perlu muat naik gambar hasil kerja mereka ke dalam portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali