MAXIS Live eKelas Sains

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2019, telah berlangsungnya MAXIS Live eKelas Sains bagi pelajar Tingkatan 2 bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 2.40 petang hingga 3.20 petang. Tajuk pembelajaran kali ini adalah mengenai ciri- ciri bunyi. Pada permulaan pembelajaran Cikgu sains memberi penerangan mengenai topik pembelajaran dan sebelum tamat sesi pembelajaran, Peserta akan melakukan aktiviti berkumpulan dengan menghasilkan model telefon secara berkumpulan. Seperti biasa, peserta diberi bahan-bahan untuk membuat model telefon dan peserja juga perlu muat naik hasil kerja ke dalam portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali