Ulangkaji Microsoft Excel

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Ulangkaji Microsoft Excel bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas ICT kali ini bersama peserta tahun 3 dan tahun 4. Peserta melakukan sesi ulangkaji Microsof excel.

Peserta belajar untuk memasukkan formula ke dalam data excel bagi memudahkan pengiraan data. Pada permulaan pelajar diberi contoh cara memasukkan formula ke dalam data. Kemudian peserta diberi latihan untuk memasukkan formula ke dalam data excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali