Final Exam CATs for Primary School

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2019, telah diadakan “Final Exam CATs Program For Primary School” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Final Exam CATs ini berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Seperti semua sedia maklum, program “Cambridge Accessible Test” atau dikenali sebagai CATs merupakan pembelajaran dan latihan bahasa inggeris secara online.

Latihan CATs ini boleh dilakukan di mana-masa sahaja sekiranya peserta dapat mengekses internet. CATs ini merupakan program kerjasama UNIMAS bersama Cambridge Universiti serta Pusat Internet. Setelah Peserta berjaya menyiapkan semua latihan di website CATs, peserta akan menduduki Final Exam CATs di Pusat Internet. Di samping itu juga, peserta yang telah mengambil setelah mengambil Final Exam CATs akan diberi sijil penyertaan daripada pihak UNIMAS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali